Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (2), Kuala Lumpur (PIBG SKTTDI 2) akan menganjurkan satu Kejohanan Golf Amal 2009 yang akan diadakan seperti tarikh, tempat dan masa berikut:-
1. Tarikh : 28hb Juni 2009 (Ahad)
2. Tempat : Kelab Golf Seri Selangor,
Kota Damansara, Selangor Darul Ehsan
3. Masa : 1.50 petang
2. Tujuan pertandingan amal ini adalah sebagai satu usaha mengumpul dana bagi menampung serta membiayai peralatan bantuan pembelajaran 94 orang kanak-kanak istimewa di bawah sekim pembelajaran khas. Kanak-kanak istimewa ini adalah mereka yang merangkumi Down Syndrome, Dyslexia, Autism dan juga Cerebral Palsy. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah rintis untuk pembalajaran bagi kanak-kanak istimewa di Wilayah Persekutuan.
3. YAB Dato Sri Hj Adnan bin Hj Yaakob, Menteri Besar Pahang, salah seorang pendokong pendidikan untuk segenap lapisan masyarakat, telah bersetuju pada dasarnya menjadi tetamu kehormat pada kejohanan tersebut.
4. Sehubungan itu pihak kami amat berbesar hati sekiranya syarikat tuan dapat menghulurkan sumbangan dalam bentuk tunai atau barangan serta bermain golf bersama-sama kami pada hari dan tarikh seperti di atas bagi menjayakan program tersebut.
5. Program ini juga akan mendapat liputan sekurang-kurangnya oleh 2 media cetak dan satu media elektronik pada hari tersebut serta cetakan pada buku cenderamata.
6. Sebarang sumbangan dalam bentuk kewangan hendaklah dibayar atas nama PIBG SK Taman Tun Dr Ismail (2). Tarikh tutup penerimaan borang penyertaan serta tajaan adalah sebelum atau pada 31hb Mei 2009.
7. Bersama-sama ini disertakan borang kejohanan tersebut dan kami amat berharap akan mendapat pertimbangan dan kelulusan dari syarikat Tan Sri/Dato Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan bagi sama-sama menjayakan program tersebut.
8. Silalah berhubungi dengan kami jika tuan memerlukan sebarang penerangan dan pertanyaan selanjutnya. Sila layari di laman web
www.skttdi2pibg.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Perhatian serta kerjasama dari pihak puan dalam menjayakan projek ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian
En Arep Padillah Mohd Hasnulhisham Yaakob